Latar Belakang Aura Raja Sehari Bridal Skincare

Aura Raja Sehari Bridal Skincare (Aura Bridal Skincare) adalah perniagaan milik Syarikat AR Brothers Sdn Bhd.


Sejak tahun 2009, AR Brothers Sdn Bhd menjalankan perniagaan Butik Pengantin dengan nama Butik Aura Raja Sehari Bridal & Fashion. Memilih Shopping Kompleks sebagai lokasi perniagaan agar lebih dekat dengan masyarakat setempat.


Selain menyediakan keperluan pengantin, butik ini menjadi tumpuan mereka yang mencari pakaian sedondon seisi keluarga kerana memiliki banyak koleksi Baju Melayu, Baju Kurung, jubah untuk dewasa dan kanak-kanak.


Pada tahun 2013, Aura Raja Sehari mula bertapak dalam Giant Supermarket di Ulu Kelang dan diikuti Giant Kota Damansara 2 tahun berikutnya. Pada 2017 hingga kini Butik Aura Raja Sehari hanya berada di dalam Melawati Mall, Taman Melawati, Kuala Lumpur.


Tahun 2020, Aura Raja Sehari melangkah jauh ke depan dengan mengeluarkan produk baru. Set skincare (3 in 1) yang diberi nama Aura Raja Sehari Bridal Skincare (Ringkas, Aura Bridal Skincare). Produk PREMIUM ini diformulasi khas buat bakal pengantin untuk tampil berseri menjelang hari perkahwinan.


Produk ini juga telah berada di Butik Aura Raja Sehari, Melawati Mall. Pelancaran awal akan dibuat pada 20 Disember 2020. Pelanggan yang berminat, boleh terus walk in ke butik atau tempah secara online di sini.

20 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua